SPPIK
  • Tentang SPPIK
  • Hubungi Kami
  • FAQ
Log Masuk Daftar Akaun
Jata Negara FINAS

Selamat Datang Ke
Sistem Pengurusan & Pemantauan Industri Kreatif Negara

Daftar Akaun Sekarang! Manual Pengguna
SPPIK

PROGRAM GERAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN INDUSTRI KREATIF 2.0

OBJEKTIF Menggalakkan pembangunan modal insan di kalangan masyarakat awam amnya dan penggiat industri khususnya dalam bidang berkaitan kandungan kreatif tanah air. Menganjurkan bengkel dan kursus-kursus berkualiti dari tenaga pengajar professional meliputi aspek pre produksi, produk dan pasca produksi juga merangkumi skop bidang lain yang berkaitan dengan penggalakkan ilmu melibatkan...
Baca lagi
Mohon Sekarang!
Keterangan Program
PROGRAM GERAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN INDUSTRI KREATIF 2.0

OBJEKTIF

  • Menggalakkan pembangunan modal insan di kalangan masyarakat awam amnya dan penggiat industri khususnya dalam bidang berkaitan kandungan kreatif tanah air.
  • Menganjurkan bengkel dan kursus-kursus berkualiti dari tenaga pengajar professional meliputi aspek pre produksi, produk dan pasca produksi juga merangkumi skop bidang lain yang berkaitan dengan penggalakkan ilmu melibatkan kandungan kreatif amnya dan perfileman khususnya.
  • Menggalakkan penyertaan belia terutamanya yang baru melibatkan diri di dalam bidang produksi dan kandungan kreatif di dalam kursus-kursus yang dianjurkan bagi menambah tahap kemahiran dan pengetahuan.
  • Menyediakan peluang menyertai kursus secara percuma dan kos yang minima kepada orang awam seterusnya melibatkan diri di dalam bidang kreatif tempatan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian : 03 7968 2106 / 2151 / 2110 / 0196256191
Email: latihanperfileman@finas.my

Syarat-syarat Program
BIL. PERKARA PELAKSANAAN
1 Kelayakan Permohonan
  1. Pemohon adalah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia;
  2. Syarikat mestilah berdaftar di Malaysia & memiliki sijil Pendaftaran syarikat (SSM) yang aktif;
  3. Syarikat telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang : 221110 (Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar & Moderator);
  4. Syarikat adalah berstatus Perkongsian Bersama / Sendirian Berhad;
  5. Lebih daripada lima puluh peratus (50%) pemilikan sah dan benefisial pemohon terletak hak pada warganegara Malaysia;
  6. Pemohon mempunyai sekurang-kurangnya RM50,000 modal syer berbayar / ‘paid-up capital’;
  7. Pemohon tidak tertakluk kepada satu perintah penggulungan / tidak berstatus bankrup, dan;
  8. Pemohon hendaklah menyelesaikan bengkel yang pernah ditawarkan FINAS dahulu sebelum memohon.
  9. Pusat Bertauliah (PB) dibawah sektor kandungan kreatif adalah layak memohon.
  10. Syarikat pemohon tidak mempunyai projek di bawah Dana Kandungan Digital (DKD) dan Film in Malaysia Incentives (FIMI) yang masih aktif.
2 Tempoh Permohonan Dibuka sepanjang tahun
3 Tempoh Pelaksanaan Bengkel Dalam tempoh 4 bulan selepas mendapat kelulusan
4 Tempoh Masa Bengkel Minimum 3 hari - Maksimum 7 hari
5 Bilangan Peserta Bengkel Minimum 20 orang - Maksimum 50 orang
6 Skop Program
  • Bengkel dianjurkan mengikut skop yang berkaitan.
  • Diadakan secara Fizikal
  • Boleh diadakan di seluruh negara namun tertakluk kepada keputusan Jawatan kuasa Penilaian Modal Insan.
7 Tanggungjawab Penganjur
  • Menyediakan fasiliti, makan minum, peralatan, tenaga pengajar dan persiapan Bengkel yang bersesuaian
  • Menyediakan modul latihan dan tenaga pengajar yang bersesuaian berdasarkan pecahan bidang yang berkaitan
  • Menyediakan dan memastikan penyertaan peserta bengkel seperti yang dinyatakan
  • Menghantar Laporan Bengkel bagi tujuan pembayaran akhir
  • Memastikan Bengkel diadakan pada tempoh yang ditetapkan.
  • Menyediakan kit bengkel yang bersesuaian kepada peserta.
  • Memastikan peserta dan tenaga pengajar berdaftar dengan MYCAP di alamat http://sppik.finas.my.
8 Pecahan Kategori Peserta
  • Greenhorn - Pelajar Universiti/Belia/Orang awam (Tiada Pengalaman di dalam industri
  • Beginner - Pengalaman kurang 5 tahun di dalam bidang kandungan kreatif
  • Profesional - Pengalaman 5 tahun ke atas di dalam bidang kandungan kreatif
  • Expert - Pengalaman melebihi 10 tahun
9 Lain-lain
  • Penganjur disarankan menggunakan fasiliti, kemudahan dan peralatan perfileman di FINAS bagi penganjuran bengkel.
  • Sebarang perubahan syarat-syarat permohonan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa;
  • Tiada yuran dikenakan kepada peserta (Penyertaan Percuma).
  • Sijil penyertaan disediakan oleh FINAS. Penganjur perlu melaksanakan majis penyampaian sijil.
  • Agihan penyaluran peruntukan seperti berikut:-
    30% sebelum bengkel bermula setelah dokumen perjanjian ditandatangani
    70% setelah menerima laporan akhir bengkel yang telah disemak
  • Nilai keseluruhan yang disalurkan akan bergantung kepada tuntutan perbelanjaan melalui resit/baucer/bil yang dikemukakan dalam laporan akhir.
  • Kos perjalanan, penginapan dan pengangkutan peserta atas tanggungan peserta sendiri. Penginapan dibiayai jika kelas diadakan sehingga sesi malam.
  • Satu borang permohonan untuk satu program sahaja bagi setiap syarikat.

Skop Bengkel

BIL. BIDANG KOMPONEN
1 Pre-Produksi

Pengurusan Akaun Produksi, Bajet Produksi, Pengurusan Produksi, Penulisan skrip, Storytelling, How To Pitch, Rekaan Set, Rekaan Props, Rekaan Kostum, Seni Lakon, Seni dan Estetika, Bacaan Dialog

2 Produksi

Pengarahan, Pengurusan Produksi, Sinematografi, Kamera dan Teknikal, Pencahayaan, Peralatan Produksi, Bunyi dan Teknikal, Kesan Khas, Make Up dan tatarias, Pengurusan Lokasi dan Set

3 Pasca Produksi

Suntingan video, Suntingan bunyi, Kesan Khas Visual, Audio dan Bunyi, Alih suara, Pengurusan Studio, Muzik dan audio mixer

4 Modul Khas

Elemen berkaitan kandungan kreatif terutamanya filem termasuk pemasaran, jalinan kerjasama antarabangsa, pencarian bakat dan pembangunan

5 Modul Pengajaran bertaraf ‘MasterClass’

Tenaga pengajar professional dari luar negara yang mempunyai latar kerjaya yang terbukti dan diiktiraf

6 Latihan Intensif Khas Secara Amali

Modul pengajaran berdasarkan keperluan latihan amali yang berterusan dengan output akhir yang berpotensi untuk tujuan komersial atau terlibat secara langsung dalam projek professional yang sedang atau akan dijalankan

Previous Next
SPPIK

Sistem Pengurusan & Pemantauan Industri Kreatif Negara

Sistem SPPIK telah dipertingkatkan menerusi pembangunan semula fungsi-fungsi sistem sedia ada di bawah satu platform aplikasi bagi menambahbaik integriti data dan hubungan antara fungsi-fungsi yang ada.

  • Tentang SPPIK
  • Hubungi Kami
  • Garis Panduan
  • Manual Pengguna
  • Penilaian Pitching
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian

©2020 SPPIK | FINAS. All rights reserved.

Loading...

Processing...
Penilaian Pitching