Tentang SPPIK
Peningkatan
produktiviti melalui ICT.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang bertanggungjawab menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan industri perfileman Malaysia. Dalam usahanya bagi memajukan lagi industri perfileman Malaysia, FINAS ingin menambahbaik operasinya melalui penggunaan teknologi ICT yang terkini bagi meningkatkan produktiviti, menambah kecekapan serta memperbaiki tempoh penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan FINAS.
Sistem Pengurusan dan Pemantauan Industri Kreatif Negara (SPPIK) merupakan sistem utama bagi menyokong operasi FINAS. Ianya terdiri daripada beberapa sistem yang telah dibangunkan secara berasingan secara dalaman dan juga oleh syarikat pembangun aplikasi yang dilantik oleh FINAS. Dalam inisiatif ini, Sistem SPPIK akan dipertingkatkan menerusi pembangunan semula fungsi-fungsi sistem sedia ada di bawah satu platform aplikasi bagi menambahbaik integriti data dan hubungan antara fungsi-fungsi yang ada.
- Kelancaran proses semakan permohonan
- Pangkalan data yang bersepadu
- Integrasi antara sistem