SPPIK
  • Tentang SPPIK
  • Aduan
  • Hubungi Kami
  • FAQ
Log Masuk Daftar Akaun
Jata Negara FINAS

Selamat Datang Ke
Sistem Pengurusan & Pemantauan Industri Kreatif Negara

Daftar Akaun Sekarang! Manual Pengguna
Proses Bayaran Lesen Proses Bayaran Kompaun
SPPIK

DANA FILEM CEREKA FASA 2

1.TUJUAN Dana Filem Cereka ini adalah bertujuan untuk membantu penerbitan yang lebih berkualiti serta mensasarkan kejayaan secara komersial di samping memperoleh anugerah di dalam dan luar negara. 2.OBJEKTIF i. Memperkasakan kemahiran dan keupayaan karyawan filem dan syarikat produksi tempatan untuk menghasilkan karya yang berkualiti dan diterima di peringkat antarabangsa. ...
Baca lagi
Mohon Sekarang! Infografik
Keterangan Dana

1. SKOP / TEMA

      i) Peristiwa Sejarah

      ii) Kenegaraan

      iii) Inspirasi

    2. SYARAT AM PERMOHONAN

i. Pemohon adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia (Syarikat Sdn. Bhd.);

ii. Lesen pengeluaran FINAS hendaklah masih aktif sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh luput semasa permohonan dibuat;

iii. Lebih daripada lima puluh satu peratus (51%) pemilikan sah dan benefisial pemohon terletak hak pada warganegara Malaysia;

iv. Syarikat tidak mempunyai ‘on going’ projek DKD atau telah menerima surat tutup projek daripada FINAS;

v. Syarikat / Penerbit mempunyai kemampuan kewangan bagi memulakan penggambaran selaras dengan syarat penyaluran dana berdasarkan kaedah Milestone DKD;

vi. Projek yang dimohon adalah projek yang bersedia untuk pengambaran;

vii. Syarikat mempunyai tenaga produksi yang mempunyai pengalaman dalam bidang produksi (Pelakon, Pengarah, Penulis Skrip, Pengurus Produksi, Penerbit Drama / Filem Pendek / lklan / Dokumentari / Rancangan TV, Pengarah Fotografi - DOP); dan

viii. Syarikat membuat pecahan perbelanjaan projek dengan mengambil kira jumlah keseluruhan projek dan peruntukan dana dari FINAS iaitu sehingga RM1,000,000.00 sahaja (tidak termasuk promosi, pengedaran & operasi syarikat).

             ix.   Syarikat hanya dibenarkan memohon 1 permohonan sahaja


3. SYARAT KHUSUS

i. Mempunyai baki peruntukan dalam penyata kewangan semasa syarikat sekurang-kurangnya 5% dari jumlah kos keseluruhan produksi.

ii. Keutamaan rekod prestasi syarikat yang baik, termasuk latar belakang pengarah, penulis skrip dan tenaga produksi berpengalaman atau pernah memenangi anugerah/pengiktirafan di peringkat festival filem tempatan atau antarabangsa.

iii. Keutamaan projek yang mempunyai potensi kerjasama yang dimeterai melalui perjanjian dengan produksi tempatan dan/atau antarabangsa serta mempunyai sumber penaja/pelabur luar.

iv. Syarikat mampu untuk menyiapkan filem dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak boleh melebihi 12 bulan mulai dari tarikh perjanjian kontrak ditandatangani.


 4. PELAKSANAAN PROGRAM

                      Pelaksanaan program adalah seperti berikut :

i. Pemohon boleh memohon melalui online di laman web FINAS di http://sppik.finas.my/

ii. Pemohonan yang berjaya melepasi saringan SPPIK sahaja akan dipanggil untuk sesi pitching kepada Jawatankuasa Penilaian Kandungan dan Teknikal DKD sebelum diangkat ke Jawatankuasa Pelulus DKD di Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk kelulusan.

iii. FINAS akan mengeluarkan Surat Tawaran dan Perjanjian kepada syarikat yang berjaya.

 

5. TARIKH PERMOHONAN

11 September 2023 - 11 Oktober 2023 (1 bulan)

 

6. TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM

Tempoh pelaksanaan program Dana Filem Cereka ini adalah selama 12 bulan mulai dari tarikh Perjanjian Kontrak ditandatangani.

7. IMPLIKASI KEWANGAN

Pembiayaan Dana Filem Cereka ini sehingga RM1,000,000.00 termasuk aktiviti pra-pengambaran dan pasca produksi bagi projek tersebut. Peruntukan ini adalah merupakan tambahan kepada jumlah sebenar kos keseluruhan bagi menyiapkan projek berkenaan.

8. PERBATUAN DANA FILEM CEREKA

Penyaluran dana dibuat mengikut perbatuan (milestone) - perkembangan projek.

PERINGKAT

PECAHAN

PENYERAHAN OUTPUT

Perbatuan 1

(20%)

Penghantaran bahan Pra Produksi:

lPengesahan jumlah bajet;

lSkrip Akhir ;

lPengesahan senarai tenaga produksi dan pelakon;

lPengesahan lokasi penggambaran.

Selepas perjanjian dana ditandatangani.

Perbatuan 2

(20%)

lPengesahan jadual penggambaran, lokasi, shooting script & Borang

Pelepasan Hak (berkaitan penggambaran);

lSijil Perakuan Penggambaran (SPP);

lKontrak Akhir Tenaga Produksi dan Pelakon;

lPengesahan Akuan Persiapan Penggambaran.

Sebelum penggambaran.

Perbatuan 3

(40%)

Offline lengkap.

Selepas offline selesai.

Perbatuan 4

(20%)

Diluluskan oleh LPF

Selepas output akhir projek penerima dana.

DANA DOKUMENTARI

1 TUJUAN Dana Dokumentari ini bertujuan untuk mengggalakkan penerbitan dokumentari bercitra Malaysia yang berkualiti tinggi yang menembusi pasaran tempatan dan global. 2 OBJEKTIF i. Meningkatkan penerbitan kandungan kreatif kenegaraan dalam format dokumentari berkualiti tinggi yang menembusi pasaran tempatan dan global. ii. Menjana kelestarian dan daya saing ekonomi industri kreatif...
Baca lagi
Mohon Sekarang! Infografik
Keterangan Dana

1.TEMA

  i. Peristiwa Bersejarah

   ii. Kenegaraan

 

2. SKOP PROGRAM

i. Penghasilan Dokumentari Tempatan One-Off; berdurasi 60 minit;

ii. Menggunakan Bahasa Kebangsaan atau bahasa etnik di Malaysia;

iii. Untuk platform tayangan di saluran penyiar atau media digital;

iv. Menjana 1,000 peluang pekerjaan baharu kepada penggiat industri;

v. Membantu krew tempatan untuk menjana pendapatan.

vi. Kerjasama dengan stesen penyiar / platform over-the-top (OTT) melalui kaedah matching grant.

vii. Menonjolkan nilai-nilai kenegaraan khususnya beraspirasikan perpaduan, budaya, sukan, kreatif dan agenda nasional;


3 .    PELAKSANAAN PROGRAM

i. Pemohon boleh memohon melalui online di website FINAS: www.finas.my atau di http://sppik.finas.my/.

ii. Permohonan yang menepati syarat-syarat akan dipanggil untuk sesi ‘pitching’ kepada

Jawatankuasa Penilaian Kandungan Dan Teknikal DKD.

iii. Syarikat yang melepasi sesi ‘Pitching’ akan dibawa ke Jawatankuasa Pelulus DKD di

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk kelulusan.

iv. FINAS akan mengeluarkan Surat Tawaran dan Perjanjian kepada syarikat yang berjaya.


4.   TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM

Tempoh pelaksanaan program ini adalah selama 12 bulan dan perlu disiapkan bermula dari tarikh Perjanjian yang telah ditandatangani pihak FINAS.


      5. IMPLIKASI KEWANGAN

        Pembiayaan Dana Penerbitan Dokumentari ini sehingga RM 100,000.00 termasuk aktiviti pra-produksi dan pasca produksi                                 bagi projek tersebut (tidak termasuk promosi, pengedaran dan kos operasi). Peruntukan ini adalah merupakan tambahan kepada                        jumlah sebenar kos keseluruhan bagi menyiapkan projek berkenaan.

      6.  KAEDAH PELAKSANAAN

                  i. Tempoh Permohonan: satu (1) bulan.

                  ii. Tarikh Permohonan: 11 September 2023 - 11 Oktober 2023 *.

                  *Tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa.


         7. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

 

BIL

SYARAT PERMOHONAN

CATATAN

1.

Syarikat Sdn. Bhd yang memiliki Lesen Pengeluaran Filem FINAS yang masih sah.

/

2.

Terbuka kepada syarikat produksi yang layak kecuali penerima dana-dana FINAS yang belum menerima surat penutupan projek daripada FINAS.

/

3.

a) Setiap syarikat hanya boleh memohon satu  permohonan projek sahaja;


         b) Projek yang dimohon adalah projek yang bersedia untuk penggambaran;



      c) Dana ini terbuka kepada syarikat yang mempunyai idea penerbitan yang berpotensi            tinggi dari sudut tema-tema  yang digariskan dalam kategori khas ini.

/

 

 

/

 

 

/


 

/

4.

  Tempoh Pelaksanaan Projek

 

Dua belas (12) bulan dari tarikh Perjanjian ditandatangani FINAS.

5.

 Tiada on-going projek atau telah menerima Surat Tutup Projek DKD.

/


8. SYARAT PERMOHONAN KHAS

i. Mempunyai baki peruntukan dalam penyata kewangan semasa syarikat sekurang-kurangnya 5% dari jumlah kos keseluruhan produksi.

ii. Keutamaan rekod prestasi syarikat yang baik, termasuk latar belakang pengarah,penulis skrip dan tenaga produksi berpengalaman atau pernah memenangi anugerah/pengiktirafan di peringkat festival filem tempatan atau antarabangsa

iii. Keutamaan projek yang mempunyai potensi kerjasama yang dimeterai melalui perjanjian dengan produksi tempatan dan/atau antarabangsa serta mempunyai sumber penaja/pelabur luar.

iv. Syarikat mampu untuk menyiapkan dokumentari dalam tempoh yang ditetapkan dan

tidak boleh melebihi 12 bulan mulai dari tarikh perjanjian kontrak ditandatangani


9. KAEDAH PENYALURAN DANA

Kaedah pembayaran adalah mengikut Perbatuan (milestone)      seperti berikut:

10.  PERBATUAN DANA DOKUMENTARI

 

PERINGKAT

PECAHAN

PENYERAHAN OUTPUT

Perbatuan 1

(20%)

Penghantaran bahan Pra Produksi:

lPengesahan jumlah bajet;

lSkrip Akhir ;

lPengesahan senarai tenaga produksi dan pelakon;

lPengesahan lokasi penggambaran.

Selepas perjanjian dana ditandatangani.

Perbatuan 2

(20%)

lPengesahan jadual penggambaran, lokasi, shooting script & Borang Pelepasan Hak (berkaitan penggambaran);

lSijil Perakuan Penggambaran (SPP);

lKontrak Akhir Tenaga Produksi dan Pelakon;

lPengesahan Akuan Persiapan Penggambaran.

Sebelum penggambaran.

Perbatuan 3

(40%)

Offline lengkap.

Selepas offline selesai.

Perbatuan 4

(20%)

Output akhir (Pendrive/ External Hard Disk dalam Full HD) dan diluluskan oleh stesen penyiar.

Selepas output akhir projek penerima dana.

DANA PROGRAM TV DENGAN KERJASAMA JABATAN PENYIARAN MALAYSIA (RTM)/ STESEN TV

1. TUJUAN i.Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan kandungan kreatif tempatan dan penontonan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) / Stesen TV serta menjana ekonomi industri kandungan kreatif melalui kerjasama dengan stesen penyiar kerajaan. ii.Penerbitan ini dibuka kepada satu kategori iaitu supertelemovie yang berkualiti tinggi. 2. OBJEKTIF i.Meningkatkan kandungan kreatif dan...
Baca lagi
Mohon Sekarang! Infografik
Keterangan Dana

1. TEMA

       i. Budaya Warisan

      ii. Adaptasi

      iii. Biopik

      2.SKOP PROGRAM

i. Menjana pendapatan syarikatmelalui program disediakan

 

ii. Membantu krew tempatanuntuk menjana pendapatan

 

iii. Meningkatkan pemilikan IP pengkarya bagi tujuan komersial yang memberikan pulangan jangka panjang

 

iv. Memperbanyakkan Program TV di RTM

 

  3. KAEDAH PELAKSANAAN

i. Tempoh Permohonan: satu (1) bulan.

ii. Tarikh Permohonan: 11 September 2023 - 11 Oktober 2023 *.

*Tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa


4. PELAKSANAAN PROGRAM

i. Syarikat Pemohon boleh memohon melalui online di website FINAS: www.finas.my atau di http://sppik.finas.my/.

ii. Selepas saringan melalui SPPIK, permohonan akan diserahkan kepada stesen TV RTM bagi menyenarai pendek syarikat-syarikat yang berpotensi untuk terlibat di bawah program ini dan membentangkan senarai tersebut kepada pihak FINAS.

iii. Syarikat akan dipanggil untuk sesi ‘pitching’ kepada Jawatankuasa  Penilaian Kandungan Dan Teknikal DKD. Wakil RTM / stesen TV akan  dijemput sebagai Panel di dalam Jawatankuasa Penilaian Kandungan dan  Teknikal dan Jawatankuasa Pelulus DKD.

iv. Syarikat yang melepasi sesi ‘Pitching’ akan dibawa ke Jawatankuasa Pelulus DKD di Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk kelulusan.

v. FINAS akan mengeluarkan Surat Tawaran dan Perjanjian kepada  syarikat yang berjaya.

 

5. TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM

Tempoh pelaksanaan program ini adalah selama 12 bulan dan perlu disiapkan bermula dari tarikh Perjanjian yang telah ditandatangani pihak FINAS.

 

6. IMPLIKASI KEWANGAN

Tempoh pelaksanaan program ini adalah selama 12 bulan dan perlu disiapkan bermula dari tarikh Perjanjian yang telah ditandatangani pihak FINAS.

7. SYARAT AM PERMOHONAN

 JADUAL A: SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

 

BIL

SYARAT PERMOHONAN

MADANI

1.

Syarikat Sdn. Bhd yang memiliki Lesen  Pengeluaran Filem FINAS yang masih sah.

/

2.

Terbuka kepada syarikat produksi yang layak kecuali penerima dana-dana FINAS yang  belum menerima surat penutupan projek daripada FINAS.

/

3.

a) Setiap syarikat hanya boleh memohon satu permohonan projek sahaja;

 

b) Projek yang dimohon adalah projek yang bersedia untuk penggambaran;

 

c) Dana ini terbuka kepada syarikat yang mempunyai idea penerbitan yang berpotensi tinggi dari sudut tema

tema yang digariskan         dalam kategori khas ini.


/

 

 

/

 

 

/

 

 

/

4.

Tempoh Pelaksanaan Projek

Dua Belas (12) bulan dari tarikh Perjanjian ditandatangani FINAS

5.

Tiada on-going projek atau telah mendapat Surat Tutup Projek DKD.

/


8. SYARAT KHUSUS PERMOHONAN

i. Mempunyai baki peruntukan dalam penyata kewangan semasa syarikat sekurang-kurangnya 5% dari jumlah kos keseluruhan produksi

ii. Keutamaan rekod prestasi syarikat yang baik, termasuk latar belakang pengarah,penulis skrip dan tenaga produksi berpengalaman atau pernah memenangi anugerah/ pengiktirafan di peringkat festival filem tempatan atau antarabangsa

iii. Keutamaan projek yang mempunyai potensi kerjasama yang dimeterai melalui perjanjian dengan produksi tempatan dan/atau antarabangsa serta mempunyai sumber penaja/pelabur luar

iv. Syarikat mampu untuk menyiapkan supertelefilem dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak boleh melebihi 12 bulan mulai dari tarikh perjanjian kontrak ditandatangani


9. KAEDAH PENYALURAN DANA

Kaedah pembayaran adalah mengikut kemajuan kerja (milestone)          seperti berikut:

JADUAL B: MILESTONE DANA PROGRAM TV DENGAN KERJASAMA  JABATAN PENYIARAN MALAYSIA (RTM)

PERINGKAT

PECAHAN

PENYERAHAN OUTPUT

Perbatuan 1

(20%)

Penghantaran bahan Pra Produksi:

     lPengesahan jumlah bajet

          ·Skrip Akhir

lPengesahan senarai tenaga produksi dan pelakon;

lPengesahan lokasi penggambaran.


Selepas perjanjian dana ditandatangani.

Perbatuan 2

(20%)

lPengesahan jadual penggambaran, lokasi, shooting script & Borang Pelepasan Hak (berkaitan penggambaran);

lSijil Perakuan Penggambaran (SPP);

lKontrak Akhir Tenaga Produksi dan Pelakon;

lPengesahan Akuan Persiapan Penggambaran.

Sebelum penggambaran.

Perbatuan 3

(40%)

Offline lengkap

Selepas offline selesai.

Perbatuan 4

(20%)

Output Akhir (Pendrive/ External Hard Disk dalam Full HD) dan diluluskan oleh RTM

Selepas output akhir projek penerima dana.




Previous Next
Proses Pembayaran Lesen
Proses Pembayaran Kompaun
SPPIK

Sistem Pengurusan & Pemantauan Industri Kreatif Negara

Sistem SPPIK telah dipertingkatkan menerusi pembangunan semula fungsi-fungsi sistem sedia ada di bawah satu platform aplikasi bagi menambahbaik integriti data dan hubungan antara fungsi-fungsi yang ada.

  • Tentang SPPIK
  • Hubungi Kami
  • Garis Panduan
  • Manual Pengguna
  • Penilaian Pitching, Mesyuarat Pelulus & Milestone
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian

©2020 SPPIK | FINAS. All rights reserved.

Loading...

Processing...
Penilaian Pitching