Sistem SPPIK

Dasar Privasi

Sistem Pengurusan dan Pemantauan Industri Kreatif Negara - SPPIK (selepas ini dirujuk sebagai "SPPIK"), adalah sistem yang dibangunkan untuk membantu Kerajaan mengurus dan memantau industri kreatif di Malaysia. Sistem ini membolehkan anda (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") melakukan permohonan, pendaftaran, semakan, dan lain-lain berkaitan industri kreatif. SPPIK dimiliki dan dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia. Ia ditadbir oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan dipantau oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Maklumat Peribadi

SPPIK tidak akan merekodkan Data Peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan oleh pengguna digunakan untuk tujuan pengurusan dan pemantauan oleh pihak berkuasa dalam perkara yang berkaitan dengan industri kreatif negara. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.

Maklumat Yang Dikumpul

  • SPPIK mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran.
  • SPPIK mengumpul Data Peribadi daripada pengguna atau yang berkaitan dengan pengguna berdasarkan tujuan (bergantung kepada penggunaan fungsi/modul SPPIK yang digunakan oleh pengguna). Data Peribadi yang biasanya dikumpul adalah seperti berikut:

Maklumat Peribadi
  1. Nama Penuh
  2. No. Kad Pengenalan
  3. Alamat Emel
  4. No. Telefon
  5. Bangsa
  6. Jantina
  7. Pekerjaan
  8. Nama Majikan
  9. Alamat Kediaman
  10. Gambar
Maklumat Syarikat
  1. Nama Syarikat
  2. No. Pendaftaran
  3. Jenis Perniagaan
  4. Alamat Emel
  5. No. Telefon
  6. No. Faksimili
  7. Alamat Perniagaan
  8. No. Akaun Bank
  9. Maklumat Pengarah
  10. Maklumat Pemegang Saham
  11. Maklumat Ekuiti

Kerahsiaan
Data Peribadi yang dikumpul oleh SPPIK akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

Keselamatan Data
SPPIK menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna. Data in transit disulitkan dan data at rest disimpan dalam pelayan dengan ciri keselamatan yang tinggi.

Perubahan Kepada Dasar Privasi
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, ia akan dikemaskini di halaman ini.